ana akhukum fillah..

Thursday, March 24, 2011

MENGEJAR REDHOMU YA ROBBI.....

keinginan semua hamba allah untuk membina syurga dunia dalam rumahtangga yang disusuli oleh sakinah warahmah..jadi dimanakah bermulanya episod sebuah pencarian cinta dalam membina syurga cinta yang diimpikan... 
" Daripada abu muslim al-Khaulani daripada Muaz Bin Jabal r.a, ia berkata: " aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: Orang yang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arash pada hari yang tiada naungan kecuali naunganya.."..,
Abu muslim menyambung : " kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al- Samit lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin  Jabal, maka ia menyatakan :
' Aku mendengar Rasulullah saw menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: Cintaku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana ku dan cintaku berhak untuk orang yang saling berkunjung keranaku. '' orang yang bercinta kerana ALLAH berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan kecuali naunganya.
."..jadi syurga cinta duniawi itu haruslah difokuskan sebelum seorang akh n ukht itu disatukan atas dasar mencintai keraana untuk mendapat redho allah berlandaskan kepada satu platform yang betul iaitu syariat allah perlu diutamakan dan seterusnya menjaga akhlak dan batasan..(ihfazullah yahfazka)..


dalam pencarian sebuah destinasi syurga idaman fokus yang perlu diberi keutamaan ialah mendapat redho allah ,jadi tidak kiralah lelaki mahupun wanita mesti memfokuskan keutamaan mereka kepada tuntutan Iman atau akidah sebagai dasar atau tapak dalam membina syurga idaman, ini kerana dengan iman dan akidah yang kukuh dah matlamat yang difokuskan adaalah jelas maka insyaallah sgala masalah yang mendatang boleh diatasi dengan menjadikan ALLAH sebagai tempat rintihan dan rujukan kerana masing-masing antara suami dan isteri saling mencintai kerana ALLAH dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat utama mereka...
Rasulullah SAW bersabda yang bermakasud : " dinikahi seseorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan mencapat keuntungan"...
sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah SAW ini secara automatiknya menjadikan iman dan akidah sebagai dasar dalam pembinaan rumahtangganya,walaupun kadang-kadangya seseorang itu mudah tertarik kepada faktor yang lainya ,tapi dengan mengutamakan kepentingan ALLAH dan Rasul mengatasi keinginan dirinya,maka dengan izin ALLAH terbinalah rumahtangga tersebut atas dasar mematuhi perintah ALLAH..dengan ini 
bismillahirrahmanirrahim..dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani terikatlah ikatan dua jiwa dengan bersendikan Redho ALLAH sebagai matlamat utama dan sunnah Rasulullah SAW sebagai ikutan dan suri teladan yang baik....serta diiringi dengan syariat yang betul kerana matlamat yang diimpikan adalah jelas....(rintihan seorang hamba..Ya ALLAH masih adakah insan yang bergelar lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti ini,yang menjadikan redho ALLAH matlamat utama dan syariat yang jelas menjadi panduan dalam hidupnya, masih adakah insan sebegitu...dlm penantian ini pernah hidupku diuji dgn dugaan sebegini,matlamat berkawan jelas ingin mendapat redho ALLAH tetapi subhanallah syariatnya terlalu kabur ya allah..bagaimanakah yang dikatakan berkawan antara lelaki dan perempuan itu sebagai mendapat redho ALLAH, disini pun memang sah2 menyatakan lelaki dan perempuan adalah haram berkawan tanpa ikatan yang sah dan matlamat yang kurang jelas kerana disusuli syariat yang kabur ..ikatan antara lelaki dan perempuan yang sah hanyalah ikatan perkahwinan,.berkawan antara lelaki dan perempuan atas dasar urusan kerja xda masalahnya,tetapi batas pergaulan perlu diutamakan dan dititikberatkan..Ya ALLAH bagaimanakah yang dikatakan mendirikan rumahtangga itu sebagai mendirikan masjid, sedangkan pada awal perkenalan pun kabur jalan syariatnya,cuma yang jelasnya dan diperkatakan adalah untuk mendapat redhomu..subhanallah ampunilah diriku ya allah andainya perbicaranku ini telah mengguris hati sesetengah pihak ya allah..tetapi inilah hakikatnya ya allah, ..hamba telah bertekad hidup mati hamba adalah untukmu ya allah,seluruh hidupku adalah diinfikkan untuk menegakkan kalimah mu ya allah..segala yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendapat redhomu..Ya ALLAH jadikanlah diriku ini hamba yang meletakkan redho dan syariatmu pada jalan yang betul dan selari dengan kehendakmu Ya ALLAH..ampunilah hamba atas segala keterlanjuran,bantulah hamba dalam menempuh hidup ini....


3 comments:

  1. peliharalah ALLAH nescaya ALLAH Menjagamu...

    ReplyDelete
  2. Sedih kak...apakah masih ada peluang kedua itu...

    ReplyDelete
  3. la takhof wala tahzan innallah ha maana...(jgn kamu takut dan bersedih hati sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita)....ihfazullah yah fazka...
    peluang ke2 sentiasa ada yakinlah pada ALLAH...

    ReplyDelete