ana akhukum fillah..

Monday, April 30, 2012

GOLONGAN YG MENDAPAT DOA MALAIKAT


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Sunday, April 29, 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



tatkala hati ini diuji dengan berbagai ujian hati yang kadangkala sukar untuk diterima dan ditafsirkan..aplah dayaku ,aku hanya seorang hamba..yang bernaung dibawah payung lindungan ilahi ,yang senantiasa melakukan dosa dan kesilapan....mana mungkin akan ku memperolehi cinta dari insan yang bergelar manusia,sedangkan cintaku pada pencipta ku, cuma sekelumit,astaghfirullah hal azim,betapa hinanya diri ini ,mendambakan kasih insan lebih dari kasih mu Ya ALLAH...

Sudah lama rupanya diri ini tidak di uji dengan ujian hati,subhanallah hil adzim, syukur ALhamdulillah,ALLAH mahu hambanya yang hina ini untuk menjahit kembali sejadahnya dan telekungnya yang sudah lama uzur untuk kembali bertaut dalam tasbih n istikhoroh cintanya demi memohon petunjuk,kearah jalan yang diredhoi...
Jalan untuk mendapat sesuatu yang baik itu penuh dengan ranjau dan onak berduri, istiqomah, sabar, ikhlas dan redho disatukan demi menggapai apa yang diinginkan..tetapi persolaanya,cukup sdahkah ,dengan hanya berbekalkan semua itu...tanya lah iman..padaku belum cukup selagi mana dihati ini masih mengharapkan redho dan kasih manusia dari Allah,yakin lah Allah penentu segalanaya, kalo dia tentukan itu hak mu ,insya ALLAH sejauh manapun kau berlari akan ketemu jua,..wahai hati bersabar lah...ujian itu satu nikmat kurniaan ilahi bagi menjemputmu untuk memohon petunjuk dan maghfirah dari ALLAH...berdoalah semoga ALLAH perkenankan doamau..peliharalah hak ALLAH,nescaya ALLAH akan mengkabulkan hak mu...

Ya ALLAH kurniakan lah kepada diriku ini insan yang menautkan hatinya kepada mu, agar bertambah keasyikkan ku untuk menautkan hatiku pada mu ,ya Robbul Jalil...hamba redho dengan kehendakmu....

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah. 

1- Surah Al-Fatihah ...dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Sunday, February 5, 2012

cinta golongan solihin......


Cinta golongan solihin
Bagaimana orang-orang solleh mencari cinta?
Islam tidak menggalakkan dan menyuruh kita mencari cinta manusia, tetapi mencari cinta ilahi dengan cara mencari ilmu dan beramal  untuk mencintai ALLAH dan mendapat keredhaannya.
Sebelum kita mencintai yang lain atau makhluk Allah yang lain ,kita perlu mencintai Allah terlebih dahulu dengan memperbanyakkan diri kita dengan pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan beramal denganya bagi mendekatkan diri kita dengan ALLAH dalam meraih cinta dan redhonya
Jika kita diberi pilihan untuk memilih syurga atau neraka, sudah semestinya kita akan memilih syurga sebagai destinasi terakhir dalam hidup kita, jadi untuk meraih syurga ALLAH itu ,kita perlulah mempersiapkan diri kita dengan ilmu dan amal yang membolehkan kita untuk mendapat cinta dan redho ALLAH dalam mendapatkanya.
Persoalan Bercinta sebelum berkahwin?, adakah dibolehkan ?,atau jika saya tidak mengenali hati budinya sebelum berkahwin macamna saya nak tau dia baik atau tidak?..
Usah membuang masa dengan memikirkan  soal mengenali hati budi pasangan sebelum berkahwin , hati budi manusia senantiasa berubah-ubah dan memg itu hakikat sebenar kejadian manusia yang sentiasa berubah-ubah hatinya, usah membuang masa dan mensia-siakan waktu dengan cuba memahami seseorang yang bukan muhrim bagi dirimu. Jangan juga menyibukkan diri dengan perkara yang boleh membawa kita menghampiri zina hati dengan mengingati kepada pasangan yang sememangnya haram bagi kita tanpa sebarang ikatan yang sah..
Kenapa Islam mengajar kita Jangan mengejar cinta manusia?
Islam menggalakkan umatnya agar mempertingkatkan  kualiti akhlak dan menambahkan amal ibadat kita supaya apabila seseorang individu itu berakhlak dalam melampirkan rasa cinta dengan secara automatiknya perasaan cita yang berakhlak itu dapat dibentuk dengan rasa kasih sayang berteraskan syariat dan cinta ilahi. Manakala apabila amal ibadat dapat dipertingkatkan kualitinya berteraskan keimanan dan ketakwaan , manusia akan merasai satu perasaan ketenangan dan keredhoaan atas apa yang telah ditentukan oleh ALLAH kerana keyakinan kepada ALLAH itu mengatasi segalanya.
Tidak perlu terlalu mengikut hati dan memendam perasaan sekiranya cinta sesama manusia itu tidak diperolehi,sebaliknya kejarlah cinta ilahi dengan menambahkan ilmu dan menjaga akhlak serta mempertingkatkan amal ibadat dalam meraih redho ilahi
Akhlak dan ibadah yang mantap seseorang individu dapat melahirkan cinta yang hakiki yang lebih kekal lama ,kerana Islam itu amat menitikberatkan hubungan antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin supaya anak yang bakal dilahirkan akan menjadi insane yang solleh dan bertakwa
Dalam sebuah cerita yang berlaku semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khottob , ketikamana sedang mencari jodoh untuk anaknya Ashim. Pada suatu malam Umar berjalan dan meninjau keadaan rakyatnya, tiba di satu rumah yang sedang dihuni oleh seorang perempuan tua dan anak perempuanya yang bekerja sebagai pemerah susu. Perempuan tua itu menyuruh anaknya mencampurkan susu dengan air supaya menjadi banyak, tetapi anak perempuanya itu enggan kerana mengingati pesanan amirul mukminin yang melarang  umat islam mencampurkan susu dengan air, kemudian si ibu berkata bahawa saindina Umar tidak melihat perbuatan mereka itu, tetapi anak perempuanya menjawab,walaupun Umar  tidak nampak tetapi tuhan yang disembah Umar selalu melihat setiap perbuatan yang dilakukan oleh kita. Si anak memohon maaf kepada anaknya kerana tidak dapat mengikut kehendaknya, dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menjadi seorang yang munafik ,dimana mematuhi arahan didepan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila berada dibelakang mereka. Saidina Umar merasa terharu mendengar pengakuan ikhlas anak gadis perempuan tua itu dan ketakwaannya kepada ALLAH,. Lantas dia pulang kereumah nya dan memberitahu anak lelakinya Ashim bahawa,kamu pergilah ke rumah perempuan tua itu dan pinanglah anak perempuanya itu, supaya kamu akan memperoleh zuriat yang solleh. Ternyata dugaan saidina umar itu banar dan mereka mendapat anak perempuan yang bernama ummu Ashim dan  kemudian Ummu Ashim berkahwin denganAbdul Aziz bin Marwan , dan hasil perkongsian keduanya lahirlah Umar Bin Abdul Aziz yang menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Wallahu alam..ihfazillah yah fazuka….

Friday, January 6, 2012

1433H & 2012..Kemana Arah ku..


bismillahirrahmanirrahim....
Allahuakbar..kalamur Robbil Adzim...
Subhanallahilazim....
Ya Allah ,masih lg seperti dalam igauan ,rupa-rupanya umurku pada tahun ini dah pun menjangkau 27tahun..hmm, satu peralihan umur yang pada perkiraan ku satu tika dulu ketika mana aku masih bergelar graduan niatku untuk menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi dan jika diizinkan Allah niatku untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang mujahid dan pejuang islam yang menyerahkan seluruh hidup jiwa dan jasadnya serta matinya untuk berjuang dijalan ALLAH dan mendapat rahmat dan keredhoannya...aku pula amat mengharapkan semoga diriku dapat menjadi pendamping dirinya yang sanggup berkorban jiwa dan ragaku untuk turut membantunya dalam melaksanakaan syariat tersebut..sabarlah wahai hati dan jasadku,semua itu akan terkabul tatkala ALLAH mengizinkan ,insyaallah semua itu akan terjadi,..yang penting kita sebagai hamba sentiasa meletakkan sandaran,harapan,doa dan tawakkal hanya pada ALLAH, jangan berputus asa dengan ALLAH...letakkan sepenuh keyakinan kepada ALLAH, ambillah peluang dan masa yang ALLAH berikan ini dengan sebaik mungkintanpa mengeluh dan menyalahkan takdir,anggaplah semua itu tanda kasih dan sayang ALLAH pada hambanya...sepertimna firman ALLAH yang bermaksud,ALLAH tidak akan menguji seseorang hamba dengan kesanggupannya..sambutlah nikmat dan rezki yang ALLAH berikan ini dengan redho dan sabar, sudah semestinya ada hikmah dan sebab Allah menciptakan semua ini, mungkin inilah peluang yg ALLAH berikan kepada ku untuk menjahit semula sejadah doa yang kemungkinan sdah lusuh dan terkoyak akibat dari kelalaianku yg sering alpa dan leka untuk mengingati ALLAH,betapa dashat dan hinanya aku,astaghfirullahhaladzim...ya allah ampunkanlah dosa hambamu ini...terlalu banayak peluang yg diberikan kepadaku aku abaikan...sabarlah wahai ampun,istiqomah dalam tahajjud cintamu kepada ALLAH,kejarlah cinta yg hakiki sebelum mengejar cinta manusia...jadilah dirimu seorang yg sabar dan yakin pada segala ketentuan dr ALLAH.....
Ya Allah,aku hambamu,setiap hari terlalu banyak dosa dan nista yang telah aku lakukan,betapa hinanya diriku ini,.Ya Allah,kadang-kadang hati ini lalai dr mengingatimu,lalai dalam mengerjakan suruhanmu,lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas di pundakku..hinanya diriku ini Ya Allah,adakalanya diriku ini lalai dari mengingatimu,ttpi terlalu mudah untuk mengingati hamba ciptaanmu,teruknya diriku ini...sabarlah wahai hatiku....
Ya ALLAh apalah dayaku,aku hanya seorang insan yang mempunyai banyak kelemahan,tambahan pula diriku ini seorang wanita yang telah dikurniakan olehmu dengan 9nafsu dan 1 akal..nikmat nafsu yang terlalu banyak itu kadang-kadang tidak dapat disekat keinginannya yang terlalu amat sangat...
Ya ALLAH jadikanlah diriku hambamu yang dapat mengawal segala tuntutan nafsu yang teramat sangat ..
wallahua'lam......