ana akhukum fillah..

Tuesday, August 24, 2010

BICARA HATIMU.....

                                     HATIMU MILIK SIAPA?...
bila kita mempersoalkan tentang hati pelbagai istilah yang digunakan berkenaan dengan hati..antaarnya..sakit hati,makan hati,sedih hati,sedap hati dan lain-lain lagi yang berkaitan hati...tapi pada hakikat sebenarnya hati itulah tempat jatuhnya pandangan ALLAH pada niat seseorang dalam melakuakn amalan sehariannya samada amlan yang dilakukan itu dikira sebagai ibadah ataupun amalan yang sia-sia..walaupun sebesar zarah pun amalan yang dilakukan itu samada amalan baik atau buruk tetap akan mendapat balasan dari ALLAH sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayyidina Umar Ibn Khattab katanya..: " aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. maka barangsiapa hijrahnya kerana ALLAH dan Rasulnya , maka hijrahnya bagi ALLAH dan Rasul dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya...

dalam hadis diatas pada rangkai kata hadis" Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap seorang apa yang diniatkan".,,jadi setiap amal yang kita lakukan mestilah dengan niat ikhlas  lillahitaala..kerana dengan apa yang kita niatkan bersandarkan kepada kerana ALLAH semata -mata insyaallah akan mendapat balasan yang setimpal disisinya dengan apa yang kita niatkan..jadi jelaslah setiap amal itu jika diqasadkan atau diniatkan dengan cara atau haluan yang betul..ladi sebelum melakukan sesuatu amalan qasadkan dulu niat kita ikhlas kerana ALLAH semata-mata, bukannya kerana mengharapkan harta duniawi semata-mata atau ganjaran yang dijanjikan,tetapi buatlah sesuatu atas dasar ingin memartabatkan syiar islam serta mengagungkan kalimatul haq diatas muka bumi miliknya ini...insyaallah.....(mulk85),

No comments:

Post a Comment